RAWANG– Tuan Haji Zaidi Abdul Talib menghadiri solat jenazah Allahyarham adik Muhammad Izzuddin bin Abd Halim, berusia 11 tahun, di Masjid Batu 16, Rawang, malam ini.
Allahyarham dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah bas pada siang tadi. Pemergian Allahyarham pada usia yang masih muda pastinya meninggalkan kesedihan yang amat mendalam buat seluruh ahli keluarga.

Kehilangan seorang anak pada usia semuda ini merupakan ujian yang sangat berat buat ibu bapa dan keluarga. Tiada kata yang mampu menggambarkan kesedihan yang ditanggung, melainkan doa agar Allah SWT mengurniakan kekuatan dan ketabahan kepada mereka dalam menghadapi ketentuan-Nya.
Tuan Haji Zaidi turut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham serta mendoakan agar mereka diberikan kesabaran dan ketenangan dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.
Semoga Allah SWT mengampuni Allahyarham, melimpahkan rahmat kepadanya dan mengurniakan ketabahan kepada seluruh ahli keluarga.
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Al-Fatihah.
#Takziah #AlFatihah #PASSelayang #Rawang #BaktiDemiSelangor



