Monday, October 12, 2026

    Rasulullah SAW bersabda:

    “Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin daripada kesusahan dunia, Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat.”

    (Riwayat Muslim)

    BUKIT IDAMAN – Berlandaskan semangat keprihatinan dan kebersamaan, Lajnah Kebajikan PAS Selayang bersama Tuan Haji Zaidy dan Puan Amalina AF, Pengurus Pusat Khidmat PAS Selayang, telah menyertai program Ziarah Kasih di Surau Abu Hanifah, Bukit Idaman.

    Menerusi program tersebut, seramai tujuh keluarga telah disantuni dan menerima bantuan bagi meringankan beban serta membantu memenuhi keperluan mereka.

    Program ini bukan sekadar menyampaikan sumbangan, malah menjadi peluang untuk mendekati masyarakat, bertanya khabar dan mendengar sendiri kisah serta cabaran kehidupan yang dihadapi oleh keluarga yang disantuni.

    Walaupun bantuan yang diberikan mungkin tidak seberapa nilainya, keprihatinan dan kesudian untuk hadir menyantuni mereka membawa makna yang besar. Setiap kunjungan diharap dapat memberikan semangat serta mengingatkan penerima bahawa mereka tidak bersendirian dalam menghadapi kesukaran hidup.

    Lajnah Kebajikan PAS Selayang turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penyumbang yang terus memberikan kepercayaan serta sokongan terhadap usaha kebajikan ini.

    Sumbangan dan keprihatinan semua pihak amat bermakna dalam memastikan usaha menyantuni golongan yang memerlukan dapat diteruskan secara berterusan.

    Semoga setiap sumbangan, tenaga dan usaha yang dicurahkan menjadi amal soleh yang diterima Allah SWT serta dikurniakan ganjaran dan keberkatan di dunia dan akhirat.

    Kita bantu mereka yang memerlukan. Kita santuni dengan kasih sayang.

    #ZiarahKasih #PASSELAYANG #BukitIdaman #Kebajikan #BaktiDemiSelangor