KUANG, SELANGOR – Team Pemuda Selayang meneruskan gerak kerja ziarah kebajikan dengan menziarahi keluarga Allahyarham Edi, bekas pemandu kepada Zaidy Abdul Talib ketika beliau diberikan amanah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Selangor. Program ziarah ini diketuan oleh Lt Bersara Tn Hj Kamaruzzaman.

Ziarah tersebut bukan sekadar kunjungan kebajikan, malah menjadi ruang buat team Zaidy Abdul Talib mengenang kembali jasa dan pengorbanan Allahyarham Edi yang pernah menjadi sebahagian daripada perjalanan khidmat beliau kepada masyarakat.

Menurut Zaidy Abdul Talib, Allahyarham Edi banyak membantu menguruskan perjalanan serta tugasan harian sepanjang beliau menjalankan amanah dalam kerajaan negeri.

“Banyak kenangan bersama Allahyarham sepanjang saya menjalankan tugas ketika itu. Sebagai seorang pemandu, Allahyarham bukan sekadar membantu menguruskan perjalanan dan tugasan harian, tetapi turut menjadi sebahagian daripada perjalanan khidmat saya kepada masyarakat.”

Zaidy Abdul Talib pernah berkhidmat sebagai ADUN Taman Templer dan kemudiannya dilantik sebagai EXCO Kerajaan Negeri Selangor dengan portfolio Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian serta Industri Asas Tani.

Sepanjang tempoh tersebut, Zaidy Abdul Talib terlibat dalam pelbagai urusan berkaitan pembangunan infrastruktur, kemudahan awam serta sektor pertanian negeri Selangor.

Bagi Zaidy Abdul Talib, pemergian Allahyarham Edi tidak memadamkan kenangan yang pernah terjalin sepanjang tempoh beliau bersama-sama menjalankan tugasan dan khidmat kepada masyarakat.

Walaupun Allahyarham kini telah kembali menghadap Ilahi, segala jasa, bantuan dan kenangan bersama Allahyarham tetap dikenang oleh Zaidy Abdul Talib serta mereka yang pernah bersama dengannya.

Team Pemuda PAS Selayang turut mendoakan agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Edi, mengampuni segala dosa dan kesalahannya serta menempatkan Allahyarham dalam kalangan hamba-Nya yang soleh.

Lt Bersara Tn Hj Kamaruzzaman.juga menyampaikan doa dan harapan agar keluarga Allahyarham terus diberikan kekuatan, kesabaran serta ketabahan dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.

Al-Fatihah buat Allahyarham Edi. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa dan kesalahan Allahyarham, menerima segala amal kebajikan serta menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang soleh.